Khamis, 30 Mac 2017


JENIS-JENIS TERJEMAHAN

Hai semua, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah jenis-jenis dalam terjemahan serta apakah kaedah-kaedah atau metode-metode yang paling sesuai yang boleh kita praktikkan dalam menterjemah sesuatu teks. Di sini, saya akan terangkan jenis-jenis terjemahan mengikut pengetahuan saya.Seperti yang kita ketahui, secara umumnya, jenis terjemahan terbahagi kepada dua jenis. Pertama terjemahan secara lisan dan yang kedua terjemahan secara lisan.

TERJEMAHAN TULISAN
Kebiasaannya seseorang yang melakukan terjemahan secara tulisan dia akan dilakukan secara bertulis serta diberikan kesempatan untuk membaiki kesilapan dalam terjemah yang dilakukan. Dalam terjemahan tulisan ini, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi suatu kewajipan untuk menjadi seorang penterjemah tulisan yang baik.

TERJEMAHAN LISAN
Manakala terjemahan lisan pula ialah dilakukan secara lisan, secara langsung, terjemahan perlulah dilakukan secara cepat dan tepat. Semasa melakukan terjemahan secara lisan, para penterjemah tidak boleh berhenti walaupun sebentar untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah atau yang tidak tepat padanan terjemahannya. Penterjemah juga diberikan syarat dalam menterjemah secara lisan iaitu penterjemah mestilah berkemampuan dalam berbicara secara lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran. Penterjemah ini juga perlulah berpengetahuan luas serta mampu mentafsirkan apa sahaja yang diutarakan. Ia juga dikenali sebagai interpreter yang mana diperlukan untuk menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari banyak pengalaman secara berterusan. Selain itu, untuk menjadi seseorang penterjemah yang baik, dia juga mestilah seorang pentafsir yang benar-benar mahir dalam terjemahan.
Kedua, menurut Robert Lado (1961:33) jenis terjemahan terbahagi kepada dua iaitu faktual dan sastera.


TERJEMAHAN FAKTUAL
Terjemahan faktual ialah terjemahan yang memindahkan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu fakta. Misalnya terjemahan buku, surat khabar, surat-surat rasmi, iklan dan sebagainya. Terjemahan ini hendaklah dilakukan ringkas, sederhana dan tiada unsur kekeliruan. Hal ini kerana, terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja menyesatkan para pembaca, malah ia boleh membawa kemudaratan kepada para pembaca.

TERJEMAHAN SASTERA
Kebiasaannya terjemahan sastera ini dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan seperti prosa, puisi, drama, opera, filem dan sebagainya. Terjemahan ini perlulah berdasarkan teks asal, bentuk pengungkapannya dan juga kesan yang ditimbulkan oleh teks. Selain itu, penterjemah juga mestilah mampu merasai suasana dan getar rasa yang terkandung dalam teks tersebut. Umumnya, terjemahan secara sastera ini lebih mementingkan kepada keindahan bahasa dan ketajaman makna bahasa sumber. Kesilapan dalam terjemahan sastera ini tidaklah terlalu mengelirukan pembaca atau mengelirukan mereka jika dibandingkan dengan terjemahan faktual.
Ketiga,menurut Roman Jacobson (dalam Nida, 1964:3) pula, jenis terjemahan boleh dikelasifikasikan kepada tiga jenis iaitu, terjemahan intralingual, interlingual, dan intersemiotik.

TERJEMAHAN INTRALINGUAL
Terjemahan ini dilakukan dalam satu bahasa tertentu sahaja iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa itu. Misalnya, dialek ke dialek yang lain, dialek ke bahasa buku atau sebaliknya dan bahasa kasar ke bahasa halus.

TERJEMAHAN INTERLINGUAL
Maksudnya terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain yang berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya. Contohnya, terjemahan dari bahasa melayu kepada bahasa arab.

TERJEMAHAN INTERSEMIOTIK
Terjemahan ini merupakan daripada suatu bentuk sistem simbol atau tanda ke dalam suatu bahasa atau bentuk yang lain. Misalnya, pergerakan tangan polis trafik diterjemahkan ke bentuk kata-kata.Selain itu, bahasa isyarat yang dipindahkan ke bentuk bahasa lisan atau tulisan.

Selain itu, menurut J.C. Catford (A Linguistic Theory of Translation) terjemahan terbahagi kepada enam jenis, iaitu terjemahan penuh, terjemahan sebahagian, terjemahan tuntas, terjemahan terbatas, terjemahan terikat dan juga terjemahan bebas.

TERJEMAHAN PENUH
Terjemahan penuh ialah terjemahan keseluruhan teks sumber yang diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.

TERJEMAHAN SEBAHAGIAN
Terjemahan sebahagian ialah tidak menterjemahkan keseluruhan teks sumber kerana terdapat beberapa bahagian tetentu yang tidak diterjemahkan, malahan ia perlu digabungkan dengan teks sasaran. Hal ini kerana, kosa kata teks sumber tidak dapat diterjemahkan atau tiada padanan yang tepat dalam bahasa sasaran. Selain itu, ia juga untuk kepentingan tertentu seperti untuk memelihara warna aslinya atau untuk memberikan cita rasa murni bahasa sumber dalam bahasa sasaran.

TERJEMAHAN TUNTAS
Terjemahan yang memindahkan semua unsur kebahasaan iaitu pengganti unsur tatabahasa dan kosa kata bahasa sumber dengan padanan terjemah tatabahasa dan kosa kata bahasa sasaran, disertai dengan penggantian unsur-unsur fonologi dan grafologi bahasa sumber oleh fonologi dan grafologi bahasa sasaran.

TERJEMAHAN TERBATAS
Dalam terjemahan terbatas, yang digantikan hanyalah salah satu unsur yang terdapat dalam teks sumber dengan padanannya dalam bahasa sasaran. Hanya unsur grafologi atau fonologi atau kosa kata atau tatabahasa yang dipindahkan.

Terjemahan Fonologi
Fonem bahasa sumber digantikan dengan padanannya dalam bahasa sasaran tanpa perubahan tatabahasa dan kosa kata. Kebiasaannya,dilakukan oleh pelakon, (filem, drama, teater dan lain-lain) dalam meniru aksi-aksi tertentu. Selain itu, penampilan seseorang yang sedang belajar suatu bahasa asing yang selalu sahaja melakukan kesilapan dalam pengucapan dan pengujaran.

Terjemahan Grafologi
Ialah suatu grafik bahasa sumber yang digantikan dengan grafik bahasa sasaran. Ia juga dilakukan untuk menghasilkan tata huruf atau tipografi tertentu. Selain itu, ia juga sering dilakukan oleh pelajar yang baru belajar bahasa asing dan terjemahan ini mempunyai perbezaan dengan transliterasi.

Terjemahan Tatabahasa
Ialah terjemahan yang dipindahkan ke bahasa sasaran hanyalah tatabahasa bahasa sumber. Bahagian-bahagian lain tidak dipindahkan.

Terjemahan Kosa Kata
dipindahkan hanyalah unsur kosa kata bahasa sumber. Unsur-unsur lain tidak dipindahkan. Kebiasaannya berlaku dalam proses belajar bahasa.

TERJEMAHAN TERIKAT
Terjemahan terikat ialah suatu terjemahan yang terbatas. Misalnya, terjemahan kata demi kata (word for word translation). Terjemahan kata demi kata biasanya digunakan dalam terjemahan puisi atau dalam terjemahan untuk memperlihatkan perbezaan antara dua bahasa yang terlibat.

TERJEMAHAN BEBAS
Terjemahan bebas ialah terjemahan tuntas yang tidak dibatasi oleh keterikatan pada penterjemahan suatu tataran tertentu. Kebiasaannya, berada pada tataran yang lebih tinggi daripada tataran kata, atau morfem atau ayat. Terdapat beberapa kelebihan terjemahan bebas ini. Antaranya termasuklah penterjemah akan berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan segala mesej yang ada dalam teks asal. Selain itu, hasil terjemahan merupakan gagasan pengalaman penulis, ditambah dengan gagasan pengalaman penterjemah, keupayaan, kemampuan dan daya kreativiti penterjemah. Karya terjemahan menjadi lebih menarik dan senang dibaca.

Menurut Peter Newmark, terjemahan terbahagi kepada dua iaitu terjemahan komunikatif dan terjemahan semantik.

TERJEMAHAN KOMUNIKATIF
Terjemahan komunikatif boleh menghasilkan kepada para pembaca kesan yang hampir sama seperti kesan pembacaan yang dialami oleh pembaca teks asal. Ia juga memberi perhatian kepada pembaca kedua, mementingkan budaya bahasa sasaran serta fungsi. Selain itu, ia juga masih perlu menghormati bentuk teks sumber dan bekerja berdasarkan bentuk itu. Terjemahan Komunikatif juga bersifat lebih lancar, mudah, jelas, lebih langsung, biasa, mengikut pada laras tertentu bahasa, cenderung untuk kurang menterjemah iaitu dengan menggunakan istilah yang lebih umum dan menyeluruh dalam petikan-petikan yang sukar. Ia juga menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal dan boleh menggantikan bahasa kasar dengan bahasa halus. Penterjemah juga mempunyai hak membetulkan kesilapan fakta dan sesuatu yang tertinggal.

TERJEMAHAN SEMANTIK
Mencuba untuk menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran. Terjemahan ini lebih berkisarkan dalam budaya asal. Selain itu, ia juga dapat menolong para pembaca pada konotasi serta lebih cenderung kepada terjemahan berlebihan. Ia juga mementingkan makna dan bahasa sumber. Lebih bersifat rumit, terperinci, lebih kekok, lebih mendalam, dan lebih menelusur kepada proses fikiran penyampai daripada tujuannya.Kebiasaannya mutu terjemahan semantik lebih rendah dan mengakibatkan makna teks sumber hilang. Ia cuba mencipta semula setepatnya nada dan sifat khusus teks asal. Terjemahan semantik ini juga terpisah daripada masa dan ruang setempat. Selain itu, ia juga cuba untuk mengekalkan idiolek penulis dan bentuk ungkapan khusus penulis lebih utama serta bersifat lebih luas dan sejagat.

HASIL TULISAN:
NURFALIHAH BINTI MOHD SAHAID
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI

Jumaat, 24 Mac 2017

DEFINSI TERJEMAH (PANDANGAN SARJANA)


Selain daripada definisi yang ada dalam entri kamus, terdapat juga beberapa definisi yang telah dinyatakan oleh pandangan sarjana barat. Antaranya adalah Catford (1965),Finlay (1971),Nida dan Taber  (1974),Brislin  (1976),Newmark (1981),Larson (1984)dan juga Bell (1991). Secara khususnya, pandangan atau definisi yang dikemukakan oleh sarjana barat adalah seperti berikut:

Catford, J.C (1965) menyatakan dalam bukunya yang berjudul “A Linguitic Theory of Translation” :

The replacement of textual material in one language (Source Language) by equivalent 
textual material  in another language.”

Definisi di atas menerangkan tentang penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran).

Finlay (1971), Bell (1991), Hatim dan Munday (2004) mendefinisikan terjemahan sebagai :
                  
                  a)      The process of turning an original or “source” text into a text in another language
                  b)      A translated version of a text.

Berdasarkan definisi yang telah diberikan, Hatim dan Munday (2004) menjelaskan bahawa individu atau program komputer yang bertindak memindahkan teks daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dinamakan sebagai penterjemah (translator), manakala ilmu yang berkaitab dengan hal ehwal penghasilan terjemahan dikenali sebagai kajian penterjemahan (translation studies).
Finlay (1971) menekankan elemen bertulis apabila mendefinisikan ‘terjemahan’ dan membezakan ‘terjemahan’ dengan ‘interpretasi’ :

Translating is ... A presentation of a text in a language other than that in which it was originally written ... The word ‘written’ should be stressed, since it distinguishes translating from intrepreting, which may be defined as the presentation of statement in a language other than that in which it was originally spoken..

Dalam The Theory and practice of translation, Nida dan Taber (1982:12) mentakrifkan  penterjemahan seperti yang berikut:

Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style”. 

Takrif diatas telah menunjukkan kepada kita untuk mencari padanan perkataan yang paling hamper atau dekat dengan bahasa sumber daripada segi makna dan gaya penulisan supaya mesej dapat disampaikan kepada pembaca.

Definisi yang dipetik daripada sarjana yang bernama Bell (1991: 5) pula berbunyi:

“Translation is the expression in another language (or target language) of what has beeen expressed in another, source language, preserving semantic and stylisic equivalences.

Mengikut definisi ini, terjemahan ialah mengungkapkan semula semua perkara yang telah diungkapkan dalam bahasa sumber ke dalam bahasa lain atau kedua dengan memelihara dan mengekalkan padanan semantik dan stilistik. Jadi, takrif ini juga menekankan aspek padanan, bukan sahaja dari segi semantik bahkan juga dari segi stilistik atau gaya.

Bell (1991: 6) dan Bassnett (1980: 2) turut menyentuh kepentingan mengekalkan elemen tatabahasa dan leksikal dalam pemindahan dan semua fakta yang terkandung dalam teks sumber  harus dikekalkan dalam teks sasaran. Dalam penterjemahan, penggantian mesej teks sumber yang sepadan turut diadakan dalam dalam bahasa sasaran. Menurut Bell, terjemahan adalah ungkapan dalam bahasa lain (atau bahasa sasaran) terhadap  apa yang telah dinyatakan atau diungkapkan dalam bahasa asal/sumber, dengan memelihara padanan semantik dan juga padanan gaya.

Secara mudah definisi terjemahan yang dinyatakan di atas dapat disimpulkan sebagai maksud atau mesej atau bahan teks atau buah fikiran daripada bahasa sumber yang hendak disalurkan atau dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Sekiranya diperhalusi definisi yang disediakan, kita dapat melihat bahawa bagi membolehkan sesuatu terjemahan dihasilkan dengan baik, maka beberapa pertimbangan lain juga harus diberi perhatian seperti ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada sesuatu teks. Dengan kata lain, penterjemahan juga bermaksud ‘ … proses menyampaikan segala mesej dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran dengan sedapat mungkin mengekalkan segala mesej bahasa sumber dengan tepat, ciri-ciri kebudayaan yang ada di dalamnya, gaya penulis asal, dan ciri-ciri idiosinkratiknya yang istimewa yang mungkin ada di dalamnya….’

Teks sasaran, kadangkala masih menampakkan perbezaan asas antara output teks sumber yang sedia ada dengan output teks sasaran yang cuba dihasilkan. Perbezaan yang masih kekal ini meupakan manifestasi bagi konsep bahawa kesamaan atau kepadanan yang seratus peratus (exact equivalences) sukar dicapai dalam penterjemahan. Oleh itu, definisi operasional ‘penterjemahan’ yang disarankan oleh Koller (1995: 196) harus diberikan perhatian:

"The result of a text-processing activity, by means of which a source language text is transposed into a targert-language text. Between the resultant text in L2 (the targert-language text) and the source text in L1 (the source-language text) there exists a relationship, which can be designated as translational, or equivalence relation."

Koller menjelaskan hubungan yang dikenali sebagai ‘hubungan kepadanan atau kesamaan’.

RUJUKAN

1. Haslina Haroon, Hasuria Che Omar. 2013. Asas Terjemahan dan Interpretasi.
        Pulau Pinang : Penerbitan USM

Hasil Tulisan :

NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM

DEFINISI TERJEMAH (ENTRI KAMUS)

Seperti mana yang kita ketahui, manusia diciptakan oleh Allah dengan pelbagai jenis rupa bentuk dan warna kulit. Setiap manusia berupaya untuk bertutur melalui bahasa tersendiri mengikut negera atau negeri masing-masing. Persoalannya, bagaimana seseorang itu berkebolehan untuk memahami antara satu sama sedangkan mempunyai kepelbagaian jenis bahasa?
              
            Persoalan ini dapat diselesaikan dengan satu kaedah yang dinamakan kaedah penterjemah. Dua istilah asas yang perlu diambil kira oleh pembaca sebelum mengetahui definisi terjemah iaitu istilah yang berkaitan proses penterjemahan  iaitu sumber dan bahasa sasaran.  Dalam konteks penterjemahan, sumber bermaksud asal,tempat sesuatu diperoleh,bahasa asalnya,penulis asal,pembaca asal,latar penceritaan asal dan semua yangberkaitan dengan teks yang ingin diterjemahkan.  Sasaran pula dapat dikaitkan dengan perubahan atau pemindahan yang ingin dilakukan terhadap mesej dan teks asal.Pembaca yang akan membaca teks ini selepas diterjemahkan digelar sebagai pembaca sasaran manakala bahasa yang akan digunakan iaitu yang difahami oleh pembaca sasaran dipanggil sebagai bahasa sasaran dan hasil terjemahan itu dinamakan teks sasaran.(2013: 1)

Definisi terjemah dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu daripada entri kamus dan juga pandangan sarjana.Setelah diteliti melalui entri kamus seperti  Kamus Dewan, Mu ،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab dan The Concise Oxford English Dictionary , kita dapat melihat pelbagai makna yang dikeluarkan malalui perkataan terjemah itu sendiri. Menurut Kamus Dewan (1993: 1351), terjemah atau menterjemah  bermaksud  memindahkan (karangan dan lain-lain) daripada suatu  bahasa kepada bahasa yang lain atau mengalihbahasakan. Terjemahan pula bermaksud hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemahkan, cara (gaya, kaedah dan sebagainya) menterjemah manakala penterjemahan membawa maksud perihal (kerja, usaha dan sebagainya) menterjemahkan.
                
      Daripada Kamus Mu ،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab (1984: 94) mentakrifkan terjemahan sebagai إعادة كتابة موضوع معيّن بلغة غير اللغة التي كُتِبَ بها أصلا  yang membawa maksud menulis semula sesuatu perkara  atau topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya. The Concise Oxford English Dictionary (1991, 1994, 1998, 2000, 2003) menyatakan translation bermaksud  the act or instance of translating  atau a written or spoken expression of the meaning of a word, speech, book, etc. in another language. Dalam definisi ini, fokus makna yang pertama adalah tindakan atau proses yang berlaku (the act, the process or instance of translating ), iaitu aktiviti penterjemahan atau pemindahan maklumat yang berlaku teks sumber. Fokus yang kedua ialah produk terjemahan yang dihasilkan oleh penterjemah.
   
       Definisi yang dinyatakan diatas hanyalah daripada entri kamus. Jika kita melihat definisi yang terdapat dalam entri kamus, dapatlah kita simpulkan bahawa terjemahan menumpukan sepenuhnya kepada pengalihan sesuatu bahasa kepada sesuatu bahasa yang akan difahami oleh pembaca. Wallahualam.

RUJUKAN :

1. Haslina Haroon, Hasuria Che Omar. 2013. Asas Terjemahan dan Interpretasi.
        Pulau Pinang : Penerbitan USM


HASIL TULISAN :


NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Selasa, 14 Mac 2017


Nama: Nurhafizah Binti Zulkifli 

No. Matrik: A158011

Email: fizasmaat@gmail.com

Tempat Lahir: Hospital Muar, Johor

Tarikh Lahir: 2/9/1997

Alamat: 131-J Sungai Gersik Sungai Balang, 83600, Muar, Johor

Pendidikan: 
- Sk. orangkaya ali, Muar, Johor
- Sma at-tanwiriah, parit Jawa, Muar, Johor
- Maahad Johor Stam 
Nama diberi NurFalihah Binti Mohd Sahaid
Umur saya ialah 20 tahun
Saya merupakan anak yang keempat dari lima orang adik beradik yang mana
 2 lelaki dan 3 perempuan
Saya tinggal di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi, Selangor
Saya telah mendapat pendidikan awal di :
(1) Sekolah Kebangsaan Jalan 6 Bandar Baru Bangi
(2) Sekolah Agama Kafa Integrasi Al-Hidayah West Country
(3) Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Cheras
(4) Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting Selangor
Alhamdulillah kini saya melanjutkan pelajaran saya di peringkat ijazah di 
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor dalam bidang 
Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Matlamat dalam hidup saya ialah berjaya didunia dan akhirat serta menjadi 
seorang mukminah yang solehah... In Shaa Allah

Ahad, 12 Mac 2017

Nama : Nurul Nadia Amera Binti Mohamad Abdul Jabar
Umur: 20 Tahun
Asal : Pahang
Tempat Tinggal : Kampung Bangau Parit, Temerloh, Pahang
Tarikh Lahir : 13/1/1997
Sekolah : 
Sekolah Kebangsaan Telok Ira, Temerloh, Pahang
SMA Al-Ittifaqiyyah,Temerloh, Pahang
Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang
Universiti Kebangsaan Malaysia
Matlamat : Berjaya menjadi seorang manusia yang berguna dan membantu orang lain untuk berjaya   juga

Jumaat, 10 Mac 2017

Nama : Nur Adila Binti Mohamad
Umur : 20 Tahun
Asal   : Kedah Darul Aman
Tempat Tinggal : Taman Mutiara, Kulim , Kedah
Tarikh Lahir : 31/5/1997
Bil Adik-Beradik: 4 orang
Anak ke : 2
Sekolah : 
SK. TUDM Subang, Selangor
SK. Anak-Anak Angkatan Tentera, Kedah
 Maktab Mahmud Pokok Sena
 Universiti Kebangsaan Malaysia
Moto Hidup: Alang-Alang Dah Buat, Biar Sampai Jadi