
Seperti mana yang kita ketahui, manusia diciptakan oleh
Allah dengan pelbagai jenis rupa bentuk dan warna kulit. Setiap manusia
berupaya untuk bertutur melalui bahasa tersendiri mengikut negera atau negeri
masing-masing. Persoalannya, bagaimana seseorang itu berkebolehan untuk
memahami antara satu sama sedangkan mempunyai kepelbagaian jenis bahasa?
Persoalan
ini dapat diselesaikan dengan satu kaedah yang dinamakan kaedah penterjemah. Dua
istilah asas yang perlu diambil kira oleh pembaca sebelum mengetahui definisi
terjemah iaitu istilah yang berkaitan proses penterjemahan iaitu sumber dan bahasa sasaran. Dalam konteks penterjemahan, sumber bermaksud
asal,tempat sesuatu diperoleh,bahasa asalnya,penulis asal,pembaca asal,latar
penceritaan asal dan semua yangberkaitan dengan teks yang ingin
diterjemahkan. Sasaran pula dapat
dikaitkan dengan perubahan atau pemindahan yang ingin dilakukan terhadap mesej
dan teks asal.Pembaca yang akan membaca teks ini selepas diterjemahkan digelar sebagai pembaca sasaran manakala bahasa yang akan digunakan iaitu yang difahami
oleh pembaca sasaran dipanggil sebagai bahasa sasaran dan hasil terjemahan itu
dinamakan teks sasaran.(2013: 1)
Definisi terjemah dapat ditinjau
daripada dua aspek iaitu daripada entri kamus dan juga pandangan sarjana.Setelah
diteliti melalui entri kamus seperti
Kamus Dewan, Mu ،jam
al-mustalahat al- ،Arabiyyah
fi al-lughah wa al-adab dan The Concise Oxford English Dictionary ,
kita dapat melihat pelbagai makna yang dikeluarkan malalui perkataan terjemah
itu sendiri. Menurut Kamus Dewan (1993: 1351), terjemah atau menterjemah bermaksud
memindahkan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain atau mengalihbahasakan.
Terjemahan pula bermaksud hasil daripada menterjemahkan, yang (telah)
diterjemahkan, cara (gaya, kaedah dan sebagainya) menterjemah manakala
penterjemahan membawa maksud perihal (kerja, usaha dan sebagainya)
menterjemahkan.
Daripada
Kamus Mu ،jam
al-mustalahat al- ،Arabiyyah
fi al-lughah wa al-adab (1984: 94) mentakrifkan terjemahan sebagai إعادة كتابة موضوع معيّن بلغة غير اللغة التي كُتِبَ
بها أصلا yang membawa maksud menulis semula sesuatu
perkara atau topik dengan bahasa yang
bukan bahasa asalnya. The Concise Oxford English Dictionary (1991, 1994,
1998, 2000, 2003) menyatakan translation bermaksud the act or instance of translating atau a written or spoken expression of the
meaning of a word, speech, book, etc. in another language. Dalam definisi
ini, fokus makna yang pertama adalah tindakan atau proses yang berlaku (the
act, the process or instance of translating ), iaitu aktiviti penterjemahan
atau pemindahan maklumat yang berlaku teks sumber. Fokus yang kedua
ialah produk terjemahan yang dihasilkan oleh penterjemah.
Definisi yang dinyatakan diatas hanyalah daripada entri kamus. Jika kita melihat definisi yang terdapat dalam entri kamus, dapatlah kita simpulkan bahawa terjemahan menumpukan sepenuhnya kepada pengalihan sesuatu bahasa kepada sesuatu bahasa yang akan difahami oleh pembaca. Wallahualam.
RUJUKAN :
1. Haslina Haroon, Hasuria Che Omar. 2013. Asas Terjemahan dan Interpretasi.
Pulau Pinang : Penerbitan USM
Pulau Pinang : Penerbitan USM
HASIL TULISAN :
NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan