
PROSES PENTERJEMAHAN
(1) TEKS SUMBER ⇾ (2) ANALISIS ⇾ (3) PEMINDAHAN ⇾ (4) PENSTRUKTURAN SEMULA ⇾ (5) MEMERIKSA⇾ (6) MENYEMAK⇾ (7) MENYUNTING
Bagi seseorang yang
mempelajari bahasa arab sangatlah penting baginya untuk mengetahui terjemahan
bahasa arab tersebut kepada bahasa pertuturannya atau bahasa hariannya. Dengan
mengetahui penterjemahan seseorang itu dapat mempelajari bahasa arab
dengan mudah dan cepat. Selain itu, mereka juga terhindar dari kesalahan
tersalah memahami teks bahan bacaannya. Namun sejauh manakah seseorang
itu mengetahui proses penterjemahan yang betul dan sistematik?
Terdapat beberapa
langkah yang perlu bagi seseorang itu untuk melakukan proses penterjemahan.
Proses penterjemahan bermula dengan mempunyai atau memiliki teks sumber bahan
bacaan seperti artikel, wacana atau buku untuk diterjemahkan. Setelah itu, seseorang
itu haruslah menganalisis bahan bacaan secara keseluruhan untuk mengesan
perkataan yang tidak difahami. Proses penterjemahan berlaku di dalam pemikiran
penterjemah dengan melibatkan pencarian makna dari kotak memori atau kamus yang
mempunyai terjemahan yang batul. Pencarian makna boleh dilihat dari setiap
perkataan bahan bacaan atau ayat atau secara keseluruhan bahan bacaan. Terdapat
pelbagai ciri istimewa yang boleh didapati dari mencari terjemahan perkataan
arab seperti idiom atau peribahasa arab.
Proses kedua adalah
dengan membuat pemindahan perkataan tersebut dengan mencari padanan terjemah
yang sepadan, sesuai dan sejadi. Proses ini juga berlaku dalam pemikiran batin
penterjemah dan ia akan dipindahkan dalam bentuk bahasa sasaran dan adakala berlaku
sedikit pemincangan makna dan konitasi. Selepas itu penterjemah perlu
menstruktur semula teks mengikut struktur bahasa sasaran, gaya bahasa yang
digunakan haruslah memudahkan pembaca untuk memahami teks tersebut dengan
mudah. Struktur ayat mestilah ringkas dan menggunakan ayat yang jelas serta
menggunakan tanda bacaan dengan betul dan baik.
Setelah proses
menterjermah teks atau bahan bacaan penterjemah haruslah melaksanakan tiga lagi
peringkat untuk mendapat pertejamahan perkataan yang betul dan baik. Tiga
peringkat tersebut adalah memeriksa , menyemak dan menyunting semua teks yang
diterjemahkan. Proses memeriksa boleh dilakukan oleh penterjemah dengan
bersemuka dengan pakar penterjemah dan memeriksa ketepatan terjemah.
Penterjemah juga boleh membaca teks dengan lantang dan kuat dihadapan orang
lain namun tugas ini bukanlah mudah. Setelah itu, teks terjemah perlu disemak
oleh pakar penterjemah yang arif dengan bidang penterjemahan. Teks terjemah
dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri dan ia adalah cara untuk
menyesuaikan teks terjemah denagan kehendak pembaca.
Akhinya proses
menyunting kembali teks terjemah. Ini bukanlah proses terjemahan namun ia
dianggap penting. Perkara yang perlu disunting adalah membuang bahan yang tidak
perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks diterjemah oleh ramai
penterjemah. Semua proses pennterjemah perlu difahami dengan sebaiknya agar
tugas-tugas penterjemah dilakukan dengan sempurna dan baik.
HASIL TULISAN :
NURUL NADIA AMERA BINTI
MOHAMAD ABDUL JABAR,
JABATAN PENGAJIAN ARAB
DAN TAMADUN ISLAM,
FAKUTI PENGJIAN ISLAM
UKM, BANGI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan