Khamis, 25 Mei 2017

CERPEN 3



TERJEMAHAN CERPEN 3


PENCURI YANG DIROMPAK

Terdapat dua orang pencuri yang telah mencuri seekor keldai. Dan salah seorang daripada mereka telah membawa keldai tersebut ke pasar untuk dijual.Sewaktu perjalanannya,dia telah menemui seorang lelaki yang memegang pinggan berisi seekor ikan.Maka lelaki tersebut berkata kepada si pencuri:
”Adakah keldai ini untuk dijual?" Lalu si pencuri pun menjawab: "ya”.
Kemudian,lelaki itu berkata, "Peganglah pinggan ini sehingga aku selesai mengujinya”. Maka si lelaki itu menunggang keldai tersebut dan ketika mana dia jauh daripada pencuri tersebut,dia memasuki lorong-lorong kecil dan bersembunyi di situ.Akhirnya,dia melarikan diri bersama keldai itu.Setelah itu,pencuri tersebut sedar bahawa dia telah diperdayakan oleh lelaki tersebut.Sejurus kemudian,dia pulang kepada kawannya dengan pinggan yang berisi ikan tadi.
Dan sahabatnya bertanya: "Adakah kamu telah menjualnya?” Dia menjawab: "Ya”. Maka sahabatnya bertanya lagi;” "Berapakah harga kamu menjualnya?;” Dan dia berkata: Dia menggunakan modalnya ,dan sepinggan ikan inilah keuntungan yang kita perolehi.


HASIL TULISAN :

NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan