Sabtu, 20 Mei 2017

 KENAPA TERJEMAHAN?

Kenapa kita perlu mempelajari terjemahan ? Kenapa perlu kita mengetahui cara untuk menterjemah sesuatu teks?  kenapa perlu kita mahir dalam menterjemah sesuatu teks? Ini adalah  anatar soalan yang perlu seseorang pelajar itu menanyakan persolan ini kepada diri mereka. Soalan ini akan membantu seseorag pelajar yang mengambil kursus terjemahan supaya menjadi lebih yakin dan semangat untuk mempelajari ilmu terjemahan.

Apabila bergelar seorang pelajar yang mempelajari kursus terjemahan, maka haruslah bagi beliau untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Kenapa kita perlu mempelajari terjemahan? Soalan ini mungkin akan muncul di dalam minda pelajar yang mungkin tidak meminati kursus ini. Bagi pendapat saya apabila kita mempelajari terjemahan ia akan memudahkan  kita untuk membaca buku selain dari bahasa pertuturan kita. Dengan mempelajari terjemahan juga memudahkan kepada seseorang itu untuk membuat rujukan menggunakan buku rujukan bahasa yang lain. Mempelajarinya juga dapat membantu kita sekiranya kita merantau ke tempat  yang memerlukan kita mengetahui terjemahan seperti ketika membaca papan tanda. Minat menterjemah akan lahir dalam diri seseorang itu sekiranya dia merasakan kepentigan mempelajari ilmu terjemahan ini. Mungkin kita boleh mempelajarinya sendiri tanpa ke kelas kuliah namun mempelajari dari seseorang yang mahir akan lebih terjamin ketepatan  terjemahan yang kita lakukan.

Kenapa kita perlu mengetahui cara untuk menterjemah teks? Mungkin anda sebagai seorang pelajar mempunyai jawapan yang tersendiri, namun bagi pendapat saya dengan mengetahui car menterjemah yang baik dapat membantu pelajar dalam menterjemah teks walaupun tidak mempunyai banyak pembendaharaan kata di dalam mindanya. Dengan mengetahui cara dan teknik yang betul dan berkesan seseorang pelajar boleh menterjemah sesuatu teks dengan baik dan tepat. Kenapa kita perlu mahir dalam menterjemah? Kita perlu mahir menterjemah untuk kegunaan diri kita tidak kiralah ketika menjawab peperiksaan ataupun berda di te,pat asing. Dengan mahir dalam menterjemah juga akan membolehkan kita untuk menolong orang lain seperti pelancong luar negara yang menanyakan arah sesuatu tempat ataupun perkara lain. Dengan mahir dalam terjemah juga dapat menghimdari diri kita dari salah menterjemah yang mana mungkin akan mendatagkan masalah kepada kita seperti kesalahan menterjemah papan tanda larangan yang ada di negara luar.

Pelajar yang tidak mengambil jurusan menterjemah juga sangat digalakkan untuk mempelajarinya. Tiada ruginya kepada diri kita mempelajari kursus ini malah sangat memberi manfaat kepada diri kita bahkan kepada masyarakat di sekeliling kita. Justeru itu mempelajari menterjemah adalah sesuatu yang penting dan sangat bernilai bagi sesiapa yang menghargainya. Bukan hanya untuk menjawab peperiksaan malah untuk kegunaan pada masa akan datang. Jadi marilah kita mula mempelajari ilmu terjemahan dengan semangat dan ihklas di dalam hati.

HASIL TULISAN :
NURUL NADIA AMERA BINTI MOHAMAD ABDUL JABAR,
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM,
FAKUTI PENGJIAN ISLAM
UKM, BANGI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan