Sabtu, 20 Mei 2017

 KENAPA TERJEMAHAN?

Kenapa kita perlu mempelajari terjemahan ? Kenapa perlu kita mengetahui cara untuk menterjemah sesuatu teks?  kenapa perlu kita mahir dalam menterjemah sesuatu teks? Ini adalah  anatar soalan yang perlu seseorang pelajar itu menanyakan persolan ini kepada diri mereka. Soalan ini akan membantu seseorag pelajar yang mengambil kursus terjemahan supaya menjadi lebih yakin dan semangat untuk mempelajari ilmu terjemahan.

Apabila bergelar seorang pelajar yang mempelajari kursus terjemahan, maka haruslah bagi beliau untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Kenapa kita perlu mempelajari terjemahan? Soalan ini mungkin akan muncul di dalam minda pelajar yang mungkin tidak meminati kursus ini. Bagi pendapat saya apabila kita mempelajari terjemahan ia akan memudahkan  kita untuk membaca buku selain dari bahasa pertuturan kita. Dengan mempelajari terjemahan juga memudahkan kepada seseorang itu untuk membuat rujukan menggunakan buku rujukan bahasa yang lain. Mempelajarinya juga dapat membantu kita sekiranya kita merantau ke tempat  yang memerlukan kita mengetahui terjemahan seperti ketika membaca papan tanda. Minat menterjemah akan lahir dalam diri seseorang itu sekiranya dia merasakan kepentigan mempelajari ilmu terjemahan ini. Mungkin kita boleh mempelajarinya sendiri tanpa ke kelas kuliah namun mempelajari dari seseorang yang mahir akan lebih terjamin ketepatan  terjemahan yang kita lakukan.

Kenapa kita perlu mengetahui cara untuk menterjemah teks? Mungkin anda sebagai seorang pelajar mempunyai jawapan yang tersendiri, namun bagi pendapat saya dengan mengetahui car menterjemah yang baik dapat membantu pelajar dalam menterjemah teks walaupun tidak mempunyai banyak pembendaharaan kata di dalam mindanya. Dengan mengetahui cara dan teknik yang betul dan berkesan seseorang pelajar boleh menterjemah sesuatu teks dengan baik dan tepat. Kenapa kita perlu mahir dalam menterjemah? Kita perlu mahir menterjemah untuk kegunaan diri kita tidak kiralah ketika menjawab peperiksaan ataupun berda di te,pat asing. Dengan mahir dalam menterjemah juga akan membolehkan kita untuk menolong orang lain seperti pelancong luar negara yang menanyakan arah sesuatu tempat ataupun perkara lain. Dengan mahir dalam terjemah juga dapat menghimdari diri kita dari salah menterjemah yang mana mungkin akan mendatagkan masalah kepada kita seperti kesalahan menterjemah papan tanda larangan yang ada di negara luar.

Pelajar yang tidak mengambil jurusan menterjemah juga sangat digalakkan untuk mempelajarinya. Tiada ruginya kepada diri kita mempelajari kursus ini malah sangat memberi manfaat kepada diri kita bahkan kepada masyarakat di sekeliling kita. Justeru itu mempelajari menterjemah adalah sesuatu yang penting dan sangat bernilai bagi sesiapa yang menghargainya. Bukan hanya untuk menjawab peperiksaan malah untuk kegunaan pada masa akan datang. Jadi marilah kita mula mempelajari ilmu terjemahan dengan semangat dan ihklas di dalam hati.

HASIL TULISAN :
NURUL NADIA AMERA BINTI MOHAMAD ABDUL JABAR,
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM,
FAKUTI PENGJIAN ISLAM
UKM, BANGI
APA ITU LARAS BAHASA?

Seperti yang semua ketahui, terdapat pelbagai bahasa di dunia ini. Antaranya ialah  bahasa melayu, bahasa cina, bahasa tamil, bahasa inggeris dan bahasa arab. Namun setiap satu dari bahasa-bahasa tersebut juga mempunyai perbezaan samada yang ketara ataupun tidak ketara. Antara perbezaannya ialah dialek yang digunakan ketika seseorang individu itu bertutur mengikut kawasan tempat yang diduduki oleh penutur tersebut seperti “hang pi mana?” ialah dialek yang digunakan oleh penduduk yang menetap di kawasan negeri Kedah ataupun “ni rodong koi” ialah dialek yang digunakan oleh penduduk yang menetap di Temerloh, Pahang. Terdapat juga perbezaan bahasa yang mengikut kaum seperti kaum Iban ataupun Malanau yang tinggal di negeri Sarawak. Namun apa yang saya mahu bincangkan bukanlah berkenaan dengan dialek yang digunakan tetapi mengenai laras bahasa yang terdapat di dalam semua bahasa.

Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan bahasa? Bahasa ialah satu sistem lambang pertuturan yang arbitari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa juga adalah alat untuk menyatakan perasaan, melahirkan keinginan dan sebagainya. Bahasa juga mempunyai sistem heterogen. Maksud laras bahasa pula adalah ciri-ciri khusus dalam pengguanaan bahasa mengikut bidang dan situasi  penutur ketika berbahasa , sama ada secara lisan atau tulisan.bahasa yang digunakan untuk konteks adalah berlainan misalnya yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza. Laras bahasa juga berbeza mengikut taraf sosial penutur seperti seorang rakyat akan menggunakan “patik”  manakala seorang raja akan menggunakan “beta” sebagai kata ganti nama diri mereka. Perubahan dalam laras bahasa akan berubah sekiranya kebudayaan dab sosial masyarakat berubah. Laras juga akan berubah jika terdapat pernambahan alat teknologi baru mengikut keseuaian yang diterima oleh pengguna.

Ciri-ciri laras bahasa terbahagi kepada dua iaitu keperihalan dan linguistik. Ciri keperihalan terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial kebudayaan masyarakat manakala situasi persekitaran adalah merupakan aspek-aspek yang berkaitan dengan cara penyampaian, hubungan sosial, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlaku bahasa. Ciri linguistik pula bermaksud unsur-unsur sistem bahasa iaitu aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya. Terdapat juga laras yang mempunyai format yang tersendiri iaitu laras undang-undang, laras ucapan, laras iklan dan laras laporan berita dalam akhbar. Antara jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa iklan/perniagaan, laras bahasa sains, laras bahasa media massa, laras bahasa rencana, laras bahasa undang-undang, laras bahasa agama, laras bahasa sukan, laras bahasa ekonomi, laras bahasa rencana dan laras bahasa akademik.

Laras bahasa ialah sesuatu yang sangat penting untuk kegunaan harian. Di dalam menterjemah juga menggunakan laras bahasa yang sesuai supaya pembaca dapat memahami dengan baik teks terjemahan tersebut. Justeru laras bahasa perlu diberi perhatian ketika menterjemah teks supaya terjemahan tersebut tidak berlainan dari maksud asal teks tersebut. Laras bahasa yang baik juga ialah salah satu cara menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.


HASIL TULISAN :
NURUL NADIA AMERA BINTI MOHAMAD ABDUL JABAR,
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM,
FAKUTI PENGJIAN ISLAM
UKM, BANGI




Isnin, 15 Mei 2017


MASALAH MAKNA DALAM TERJEMAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,in sha allah,hari ini saya ingin berkongsi berkaitan tajuk masalah makna dalam terjemahan. Terlebih dahulu saya ingin berkonsi antara perkara-perkara yang mempengaruhi di dalam ingin memaknakan sesuatu perkataan iaitu posisinya di dalam ayat itu sendiri, bidang ilmu, dan situasi pemakaian dan budaya penutur. Di sini, saya bawakan satu perkataan iaitu chair. Seperti yang kita semua sedia maklum, chair membawa maksud kerusi. Tetapi di sini ianya telah berubah mengikut posisi dan konteks pemakaiannya di dalam ayat itu sendiri seperti he sat on the chair yang apabila diterjemahkan ialah dia duduk di atas kerusi, he has the chair of philosophy at the university yang maksudnya pula ialah dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu, he will chair the meeting yang apabila diterjemahkan ialah dia akan mempengerusikan mesyuarat itu, he was condemmed to the chair yang membawa maksud dia dihukum mati di kerusi elektrik. Maka, tidaklah ianya membawa maksud kerusi sahaja. Berikutan dengan itu, untuk memahami sesuatu makna itu sendiri, perlu diketahui jenis-jenis makna di dalam ayat.

Antara jenis-jenis makna ialah makna rujukan, makna leksikal, makna gramatikal, makna konteks, makna sosio-kultural, makna konotasi, makna emosi, makna figuratif. Di dalam makna rujukan, tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Makna tiap-tiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat. Contoh ; rumah. Di sini, ianya sesuatu yang umum. Rumah ini boleh menjadi rumah banglo, rumah pangsa, rumah panjang, rumah kampung dan sebagainya. Oleh yang demikian, makna akan menjadi lebih jelas apabila mempunyai konteks. Contoh (perkataan minutes). Seperti it took them thirty minutes to get the thing done yang apabila diterjemahkan mereka mengambil masa 30 minit untuk menyempurnakan kerja itu (minute: kiraan masa), the secretary read out the minutes of the last meeting yang maksudnya ialah setiausaha membaca minit/catatan mesyuarat yang lepas, I will see you in a minute yang apabila diterjemahkan saya akan jumpa kamu sebentar lagi, to the minute yang membawa maksud tepat, do it this minute yang apabila diterjemahkan lakukannya segera.

Contoh lain (perkataan العين). Seperti عين الطفل تؤلّمه di sini membawa maksud mata penglihatan, في الجبل عين جارية  iaitu mata air (air mata air), هذا عين للعدوّ yang membawa maksud pengintip, العين الساهرة وسيلة لمعرفة الطّارق iaitu lubang cermin yang dipasang di pintu, ذلك الرجل عين من الأعيان yang membawa maksud ketua kaum. Di sini saya ingin berkongsi di dalam memaknakan sebenar perkataan boleh ditandakan dengan dua cara iaitu dengan tanda sintaksis. Seperti itu binatang (binatang sebenar), dia binatang (bukan binatang sebenar, tetapi manusia), dia perempuan gila (dia iaitu perempuan), dia gila perempuan (dia iaitu lelaki) dan juga tanda semotaksis iaitu perkaitan antara makna perkataan itu dengan makna-makna perkataan lain yang mengiringi kehadirannya. Contoh: dia mengambil sikat rambutnya, dia mengambil dua sikat pisang, rambutnya belum disikat. Selain itu, makna leksikal. Ianya membawa maksud makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan sebagainya. Makna leksikal ini juga disebut makna kata seperti yang terdapat dalam kamus. Contoh, perkataan bad membawa makna jahat, buruk, jelek, susah, tidak sedap, busuk. Ianya tidak dapat memastikan mana satu makna yang sesuai untuk dipadankan dengan bad selagi perkataan tersebut tidak dimasukkan dalam ayat. Makna gramatikal juga disebut makna fungsian atau makna tatabahasa, iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasanya. Contoh: can yang membawa banyak maksud iaitu dapat, tin, mengetinkan. Seperti; They can the fish (berfungsi sebagai predikat dalam bentuk kata kerja (mengetinkan), he kicked the can hard (berfungsi sebagai objek ayat). Selain itu, makna konteks. Iaitu makna yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan. Ianya juga ialah makna sesuatu perkataan yang dikaitkan dengan situasi penggunaan bahasa. Contoh: selamat pagi! (Boleh diterjemahkan kepada keluar. Apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat ke pejabat). 

Makna sosio-kultural pula ialah makna sesuatu perkataan yang erat kaitannya dengan sosiobudaya pemakai bahasa. Contoh: marhusip dalam bahasa batak Toba mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. Kalau diterjemahkan secara harfiah ke bahasa Indonesia menjadi berbisik. Terjemahan itu tidak dapat memberikan makna sebenar yang terkandung dalam marhusip itu. Jadi, tidak perlu diterjemahkan. Tinggalkan sahaja dan buat catatan kaki untuk menerangkan maknanya. Selain itu, makna konotatif. Ianya merupakan makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan. Makna konotatif juga merupakan makna tambahan yang dimiliki oleh sesuatu perkataan. Ia mungkin positif dan mungkin negatif, bergantung kepada tafsiran pengguna perkataan tersebut. Contoh: babi yang membawa konotasi berbeza pada bukan Melayu iaitu bukan Islam dengan Melayu iaitu Islam, perempuan, wanita, betina yang makna konotasinya adalah berbeza, isteri saya, bini saya, orang dapur saya, orang rumah saya, perempuan saya yang juga membawa konotasi berbeza dan melibatkan emosi. Seterusnya, makna emosi. Emosi juga sejenis makna. Ianya mesti diterjemahkan dengan betul. Emosi mesti diciptakan semula dalam terjemahan. Contoh:  madu, babi, lembu, keldai, anjing, kekasih, curang ianya mendatangkan emosi yang pelbagai. Ada kalanya makna emosi menjadi tabu atau pantang disebut makna pantangan. Contoh: buaya iaitu sang bedal, harimau iaitu pak belang, jamban iaitu bilik air / tandas.

Antara faktor yang menentukan makna emosi ialah orang yang ada hubungan dengan perkataan itu, keadaan sewaktu perkataan itu digunakan, suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu. Makna emosi juga terdapat pada: sebutan, perkataan, frasa, wacana, tema maklumat. Selain itu, makna figuratif iaitu simpulan bahasa, kiasan, peribahasa, metafora, simile yang ungkapan bersifat figuratif. Makna figuratif mesti diingat dan disimpan dalam ingatan. Kaitan antara makna figuratif dengan perkataannya adalah sewenang-wenang dan ada masanya lari jauh dari makna asal. Contoh: ayam. Dapat diketahui dengan mudah apabila dilihat dari segi makna rujukan, tetapi apabila melangkah masuk dalam makna figuratif, makna perkataan ayam menjadi kabur. Tiba-tiba perkataan ayam mempunyai pelbagai makna rujukan, seperti: kaki manusia dalam kaki ayam, orang dalam ibu ayam, ayam tambatan, penyakit dalam rabun ayam, tidur dalam tidur-tidur ayam, kuih dalam cakar ayam, bunga dalam tahi ayam, sikap dalam resmi ayam, makanan dalam nasi ayam, perempuan dalam ayam di tangan disambar helang.

 Peluasan makna secara figuratif terjadi melalui proses pengambilan salah satu atau beberapa unsur daripada makna sesuatu perkataan dan kemudiannya digunakan terhadap benda-benda lain yang pada asalnya tidak terletak dalam bidang makna perkataan asal itu. Unsur makna yang diambil mungkin terdiri daripada rupa bentuknya, sifat psikologinya, hubungan jaraknya, bahagian anggotanya atau persamaan fungsinya. Ianya juga diterbitkan oleh anggota masyarakat berdasarkan sifat-sifat yang dianggap paling menonjol pada sesuatu benda.Contohnya: licin iaitu belut, sombong iaitu merak, bodoh iaitu lembu, becok iaitu murai. Oleh yang demikian, perlunya mengenal pasti terlebih dahulu jenis-jenis makna pada sesuatu ayat itu sendiri supaya makna sebenar dapat disampaikan kepada pembaca dan dilihat juga pada sudut kesesuaian posisi dan konteks pemakaian pada perkataan. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini, wassalam.

HASIL TULISAN:
NURHAFIZAH BINTI ZULKIFLI(A158011)
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI

Rabu, 3 Mei 2017

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

Berdasarkan kafahaman saya, kata nama khas dapat diertikan sebagai suatu rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya. Berdasarkan tulisan dalam bahasa Melayu, huruf pertama mestilah ditulis dengan huruf besar. Kata Nama Khas terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kata Nama Khas Hidup (manusia dan binatang) dan Kata Nama Khas tidak hidup seperti (Nik Safiah Muhammad, 2007). Manakala kategori Kata Nama Khas dalam bidang terjemahan ini boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.

Dalam proses terjemahan Kata Nama Khas tidak haruslah bagi kita dipandang mudah dan ringan kerana ia mempunyai makna yang tersendiri serta terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara terangan. Terjemahan cara ini sangat merujuk kepada fungsi dan makan tertentu serta perlulah untuk kita fahami berdasarkan budayanya yang tersendiri. Misalnya, Pak Pandir dalam Bahasa Melayu. Manakala dalam bahasa Arab pula seperti Hatim al-Ta’i. Menurut pandangan Peter Newmark secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka bagi beliau ia tidak boleh diterjemahkan. Secara umunya nama orang tidak boleh bagi kita untuk diterjemahkan, sebaliknya ia perlulah dipindahkan kepada bahasa sasaran.

 Adapun Kata Nama Khas yang berkaitan dengan nama orang tidak perlu diterjemahkan, akan tetapi ia perlu diambil kira sebagai sesuatu yang amat penting dengan menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi dan memulakan setiap perkataan dengan huruf besar. Contohnya : (Muhammad) محمد, (Ali) علي, (Fatimah) فاطمة.Manakala Kata Nama Khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan. Hal ini demikan kerana, jika seseorang penterjemah itu melakukan juga bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat. Contohnya, Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).

Selain itu, Kata Nama Khas yang berkaitan dengan nama Negara, Bandar dan tempat mestilah dikekalkan nama bahasa sumber iaitu nama asal yang sedia ada. Seterusnya kita perlu menggantikan nama dalam bahasa sumber tersebut dengan padanan budaya yang telah wujud dalam bahasa sasaran. Antara contohnya seperti:

(i) Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran:
          - Middle East: Asia Barat
          - Silk Route: Laluan Sutera
          - Atlantic Sea: Laut Atlantik

(ii) Sesetengah Bandar dan tempat dalam Bahasa Arab ditulis dalam bahasa asing
      Seperti bahasa Inggeris dengan kata nama Latinnya berbeza dengan huruf arab
      yang asal. Contoh:
            - al-Qahirah (Bahasa Arab)
            - Cairo (Bahasa Inggeris)
            - Kaherah (Bahasa Melayu)

Oleh itu, secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Manakala, nama Bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-Iraq perlulah ditransliterasikan sahaja dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.

Seterusnya, bagi Kata Nama Khas yang berkaitan dengan Nama Institusi/Organisasi perlulah diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan selain menggunakan akronim atau mengekalkan akronim asal. Di samping itu juga, terdapat nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).

Selain itu juga, terdapat nama jawatan/gelaran yang perlu diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah iaitu dengan cara memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut. Manakala, bagi Nama Judul/Peristiwa, kebiasaannya akan dikekalkan akan tetapi bagi nama peristiwa atau sesuatu acara ada yang perlu dikekalkan dalam teks sasaran dan ada pula yang perlu diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.

HASIL TULISAN:
NURFALIHAH BINTI MOHD SAHAID
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI.

Sabtu, 29 April 2017

MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA

 Definisi kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya dan kamu.  Kata ganti nama arab terbahagi kepada dua iaitu Bariz (nyata) dan Mustatir (tersembunyi). Setiap bahagian mempunyai bahagiannya tersendiri iaitu jika Bariz terdapat dua bahagian iaitu Munfasil (terpisah) dan muttasil (bersambung). Mustatir juga mempunyai dua bahagian iaitu wajib al-istitar dan jaiz al-istitar. Kata ganti nama arab juga mempunyai pembahagiaan mengikut kategori jantina iaitu muannath dan mudhzakkar. Terdapat beberapa  perkataan bagi kata ganti nama mudhzakkar iaitu (أنا ، نحن ، أنتَ ، أنتما ، أنتم ، هو ، هما ، هم ) . Bagi kata ganti nama muaannath pula ialah (أنا ، نحن ، أنتِ ، أنتما ، أنتنَّ ، هي ، هما ، هنَّ ).

Selepas itu, kata ganti nama Melayu juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Terdapat tiga bahagian dalam kata ganti nama diri orang iaitu pertama,kedua dan ketiga. 

Seterusnya, padanan terjemahan bagi kata ganti nama diri.  Padanan perkataan bagi  أنا ialah saya, aku, beta, patik dan hamba. Sebagai contoh ayat, أنا أحترم الكبير boleh diterjemah sebagai saya (lelaki / perempuan) menghormati orang tua, aku (lelaki / perempuan) menghormati orang tua, beta (lelaki / perempuan) menghormati orang tua, patik (lelaki / perempuan) menghormati orang tua, hamba (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. Padanan bagi perkataan نحن pula ialah kita dan kami. Tamsilnya, نحن نحترم الكبير  iaitu terjemahannya kami (lelaki / perempuan) menghormati orang tua dan kita (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.

Padanan bagi kata nama diri أنتَ ialah awak / kamu / anda / engkau bagi  lelaki. Misalnya, أنتَ تحترم الكبير  yang membawa maksud  awak / kamu / anda / engkau (lelaki) menghormati orang tua.  Bagi perkataan  أنت (anti) membawa maksud yang sama dengan أنتَ tetapi bezanya hanya ianya digunakan untuk perempuan. Sebagai contoh, أنتِ تحترمين الكبير membawa kepada maksud  awak / kamu / anda / engkau (perempuan) menghormati orang tua.  

Bagi kata ganti nama diri  أنتما  membawa kepada maksud awak / kamu/ anda / engkau (berdua (lelaki / perempuan). Contoh ayat أنتما تحترمان الكبير yang membawa kepada maksud awak / kamu/ anda / engkau (berdua (lelaki / perempuan) menghormati orang tua. Kata ganti nama diri yang seterusnya ialah أنتم dan أنتن. أنتم diterjemahkan sebagai awak / kamu / engkau / anda (ramai / lelaki) manakala أنتن diterjemahkan sebagai awak / kamu / engkau / anda (ramai / perempuan). Sebagai contoh, أنتم تحترمون الكبير yang bermaksud awak / kamu / engkau / anda (ramai / lelaki) menghormati orang tua dan أنتنَّ تحترمن الكبير bermaksud awak / kamu / engkau / anda (ramai / perempuan) menghormati orang tua.

Padanan terjemahan bagi kata ganti nama diri هو ialah dia (lelaki) dan هي juga turut diterjemakan sebagai dia tetapi untuk perempuan. Tamsilnya,  هو يحترم الكبير bermaksud dia (lelaki) menghormati orang tua dan هي تحترم الكبير yang bermaksud dia (perempuan) menghormati orang tua. هما pula boleh diterjemahkan kepada mereka (berdua – lelaki) atau mereka (berdua-perempuan). Contoh ayat ialah هما يحترمان الكبير yang bermaksud  mereka (berdua – lelaki) menghormati orang tua. Manakala dalam konteks ayat yang berbentuk seperti ini هما تحترمان الكبير membawa kepada maksud mereka (berdua - perempuan) menghormati orang tua.

Padanan terjemahan  kata ganti nama yang terakhir adalah هم dan هنَّ. Jika kita dapat lihat untuk menterjemah kedua-dua perkataan ialah sama iaitu mereka (ramai) cuma bezanya adalah هم digunakan untuk lelaki dan  هنَّ untuk perempuan. Sebagai contoh, هم يحترمون الكبير  yang bermaksud mereka (ramai - lelaki) menghormati orang tua manakala هنَّ يحترمن الكبير bermaksud mereka (ramai - perempuan) menghormati orang tua.

Konklusinya, untuk menterjemah bagi kata ganti nama diri haruslah diterjemah mengikut konteks ayat yang diberikan. Penterjemah juga harus menguasai nahu dan sorof sebaik mungkin untuk mengetahui bilakah perlunya suatu ayat diterjemah sebagai lelaki atau perempuan atau seorang atau ramai.Jika berlaku kesilapan terjemahan dalam menterjemah kata ganti nama diri, ianya akan memberi suatu impak yang besar terhadap pembaca kerana makna yang hendak disampaikan oleh penulis asal tidak sampai kerana hanya kesilapan yang kecil sahaja. Jadi penterjemah haruslah berhati-hati walaupun ianya hanya melibatkan kata ganti nama diri sahaja.

HASIL TULISAN:
NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM          
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM

Isnin, 10 April 2017

                         
KELAYAKAN PENTERJEMAH

Assalamualaikum, inshaallah, hari ini saya ingin berkongsi antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu layak menjadi seorang penterjemah. Tetapi di sini,saya lebih mengkhususkan kepada penterjemah sesuatu teks.Dan dalam masa yang sama,pada pendapat saya,menjadi seorang penterjemah bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai,tetapi ianya memerlukan pengetahuan yang amat luas dan sebagainya sebelum menjadi seorang penterjemah. Oleh sebab itu ,tidak hairanlah mereka ini boleh mendapat bayaran yang tinggi disebabkan ianya memerlukan mereka yang betul-betul mahir dalam ilmu menterjemah ini Menjadi seorang penterjemah ini sebenarnya tidaklah hanya dalam menterjemah teks sahaja,bahkan terdapat juga penterjemah dalam pertuturan,sebagai contoh, Richard yang berbangsa Inggeris tidak memahami pertuturan yang disampaikan oleh Farid,maka beliau memerlukan seorang penterjemah dalam pertuturan yang baik untuk membantu menterjemah apa yang disampaikan.Oleh yag demikian,adalah salah  mereka yang beranggapan untuk menjadi seorang penterjemah yang baik hanya perlu mengetahui dua bahasa sahaja,tetapi ianya memerlukan pengetahuan yang lebih banyak dalam bahasa yang lain.

Antara syarat utama yang membolehkan seseorang itu berkelayakan menjadi seorang penterjemah ialah mengetahui bahasa sumber yang lebih mendalam.Mahir dalam selok-belok keganjilan &keistimewaan bahasa sumber itu sendiri.Boleh membezakan makna dengan baik dan mampu mentafsirkan maksudnya dengan tepat.Selain itu,mengetahui bahasa sasaran.Di sini,bahasa sasaran ialah bahasa yang digunakan penterjemah untuk penerima teks memahaminya.Dan ianya perlulah lebih baik daripada bahasa sumber dan dalam masa yang sama,sama baik dengan bahasa sumber.Selain itu.mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan.Ianya kerana,untuk menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan daripada teks asal.Jika tidak,penterjemahan tersebut tidak dapat diterjemahkan dengan baik disebabkan tidak mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan.Ianya juga penting dalam penterjemahan teks-teks khusus dan teks-teks sastera.Seterusnya,mengetahui teori terjemahan.Di dalam teori terjemahan,terdapat teori & kaedah ilmiahnya sendiri.Ianya bukan memindahkan perkataan sahaja,tetapi memindahkan idea,maklumat dan gaya dan memerlukan bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.Akhir sekali,mengetahui sasaran pembaca.Di dalam menterjemahkan sesuatu teks,penterjemah perlu menterjemah sesuai dengan pembaca sasaran iaitu penerima tersebut.Jika tidak,terjemahan tidak dapat disampaikan dengan baik kepada sasaran pembaca.Dan dalam masa yang sama,laras bahasa juga perlu dijaga.Di sini,saya ingin memberikan satu contoh:jikalau sasarannya ialah kanak-kanak,maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut dan begitulah sebaliknya.Saya juga ingin berkongsi beberapa syarat tambahan dalam menjadi seorang penterjemah yang baik iaitu mempunyai fikiran yang terbuka,ingatan yang baik,minat yang mendalam dalam menjadi seorang penterjemah,boleh bekerja sendiri,tidak malu bertanya serta jujur dan amanah.Tidak dinafikan juga,mempunyai pengalaman juga merupakan syarat lain yang melayakkan seseorang menjadi seorang penterjemah. Ianya merupakan aset yang amat bernilai kepada seseorang individu itu sendiri,dan dalam masa yang sama,ianya tidak datang bergolek sekaligus tetapi memerlukan kesungguhan mereka itu sendiri.Melalui pengalaman itu juga,mereka memperoleh ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan. Dan dalam masa yang sama,seseorang itu boleh memanfaatkan pengalaman daripada orang lain serta perlu untuk mencari pengalaman sendiri.Oleh yang demkian,untuk menjadi seorang penterjemah,perlu untuk melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesuatu teks dengan baik. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini,wassalam.


HASIL TULISAN:
NURHAFIZAH BINTI ZULKIFLI
A158011
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI

Khamis, 6 April 2017

PROSES  PENTERJEMAHAN

 

 (1) TEKS SUMBER   ⇾  (2) ANALISIS  ⇾  (3) PEMINDAHAN  ⇾  (4) PENSTRUKTURAN SEMULA  ⇾ (5) MEMERIKSA⇾ (6) MENYEMAK⇾  (7) MENYUNTING 

Bagi seseorang yang mempelajari bahasa arab sangatlah penting baginya untuk mengetahui terjemahan bahasa arab tersebut kepada bahasa pertuturannya atau bahasa hariannya. Dengan mengetahui  penterjemahan seseorang itu dapat mempelajari bahasa arab dengan mudah dan cepat. Selain itu, mereka juga terhindar dari kesalahan tersalah memahami teks bahan bacaannya.  Namun sejauh manakah seseorang itu mengetahui proses penterjemahan yang betul dan sistematik? 

Terdapat beberapa langkah yang perlu bagi seseorang itu untuk melakukan proses penterjemahan. Proses penterjemahan bermula dengan mempunyai atau memiliki teks sumber bahan bacaan seperti artikel, wacana atau buku untuk diterjemahkan. Setelah itu, seseorang itu haruslah menganalisis bahan bacaan secara keseluruhan untuk mengesan perkataan yang tidak difahami. Proses penterjemahan berlaku di dalam pemikiran penterjemah dengan melibatkan pencarian makna dari kotak memori atau kamus yang mempunyai terjemahan yang batul. Pencarian makna boleh dilihat dari setiap perkataan bahan bacaan atau ayat atau secara keseluruhan bahan bacaan. Terdapat pelbagai ciri istimewa yang boleh didapati dari mencari terjemahan perkataan arab seperti idiom atau peribahasa arab. 

Proses kedua adalah dengan membuat pemindahan perkataan tersebut dengan mencari padanan terjemah yang sepadan, sesuai dan sejadi. Proses ini juga berlaku dalam pemikiran batin penterjemah dan ia akan dipindahkan dalam bentuk bahasa sasaran dan adakala berlaku sedikit pemincangan makna dan konitasi. Selepas itu penterjemah perlu menstruktur semula teks mengikut struktur bahasa sasaran, gaya bahasa yang digunakan haruslah memudahkan pembaca untuk memahami teks tersebut dengan mudah. Struktur ayat mestilah ringkas dan menggunakan ayat yang jelas serta menggunakan tanda bacaan dengan betul dan baik.

Setelah proses menterjermah teks atau bahan bacaan penterjemah haruslah melaksanakan tiga lagi peringkat untuk mendapat pertejamahan perkataan yang betul dan baik. Tiga peringkat tersebut adalah memeriksa , menyemak dan menyunting semua teks yang diterjemahkan. Proses memeriksa boleh dilakukan oleh penterjemah dengan bersemuka dengan pakar penterjemah dan memeriksa ketepatan terjemah. Penterjemah juga boleh membaca teks dengan lantang dan kuat dihadapan orang lain namun tugas ini bukanlah mudah. Setelah itu, teks terjemah perlu disemak oleh pakar penterjemah yang arif dengan bidang penterjemahan. Teks terjemah dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri dan ia adalah cara untuk  menyesuaikan teks terjemah denagan kehendak pembaca.

Akhinya proses menyunting kembali teks terjemah. Ini bukanlah proses terjemahan namun ia dianggap penting. Perkara yang perlu disunting adalah membuang bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks diterjemah oleh ramai penterjemah. Semua proses pennterjemah perlu difahami dengan sebaiknya agar tugas-tugas penterjemah dilakukan dengan sempurna dan baik.

HASIL TULISAN :
NURUL NADIA AMERA BINTI MOHAMAD ABDUL JABAR,
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM,
FAKUTI PENGJIAN ISLAM
UKM, BANGI