Ahad, 28 Mei 2017

SAJAK

من العتبة الى السماء

الان 

والمطار الحزين

يغمر وجهي  الحزين

احلم بسلم من الغبار

من الظهور المحدودبة

والراحات المضغوطة على الركب

لاصعد الى اعالي السماء

واعرف

اين تذهب اهاتنا وصلواتنا؟

اه يا حبيبتي 

لا بد ان تكون

كل الاهات والصلوات

كل التنهدات والاستغاثات

المنطلقة

من ملايين الافواه والصدور

وغير الاف السنين والقرون

متجمعة في مكان ما من السماء كالغيوم

ولربما

كانت كلماتي الان

قرب كلمات المسيح 

فلننتظر بكاء السماء

يا حبيبتي


DARI AMBANG PINTU KE SYURGA
Kini dengan hujan sedih 

Membasah kuyup wajahku sedih

Ku mimpikan

Satu tangga dari debu

Dihimpunkan dari belakang yang membongkok 

dan tangan berpegang teguh pada lutut

Demi mendaki ke Syurga tertinggi

Ku tahu ke mana pergi rintihan dan doa kami

Ah, duhai kasihku

Segala rintihan dan doa

Segala ratapan dan jeritan pertolongan

Yang terluah dari jutaan bibir dan hati

Yang melalui ribuan tahun dan kurun

Mesti dihimpunkan dimana sahaja di Syurga

Laksana Mega

Dan mungkin kata-kata Ku ini 

Kini hampir kepada ucapan suara al-Masih

Maka, mari kita tunggu air mata Syurga

Oh Kasihku...


HASIL TULISAN:
NURFALIHAH BINTI MOHD SAHAID
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI




SAJAK

لا تنكري

احببتني يا مهجني                             احببتني لا تنكري

لا تزعمي ان الهوى                         لك لم يجل في خاطر

او ان قلبك قد خلا                         من حب صب شاعر

افشي الهوى لا تخجلي                       فالحب ليس بمنكر 

ما الحب عيب بل هو                      احساس قلب طاهر

او لم تصرح عزة                               بودادها لكثير؟

اولم تبث بثينة                              لجميلها بالمضمر؟

لا تخفي حبا قدبدا                           الحاظنا لم تستر

افشي الهوى فاريجه                      سيذيع ان لم تنشري

USAH KAU SANGKAL

Kau kasih kandaku sayangku              Kau kasih kandaku usah kau sangkal

Jangan dakwa bagimu                         Cinta tidak melintas fikiran

Atau kalbumu ketandusan                  Cinta Penyair Pencinta

Lahirkan cinta jangan malu                Kerana ia bukan mungkar

Tidak aib malah, rasa hati                  Tidakkah Izzah  suci  mengisytiharkan?

Cintanya kepada Kusaiyir                  Tidakkah Busainah menjelas  yang tersembunyi  kepada   Jamal?

Usah kau sembunyi cinta                    Memang ketara

Mata kami tidak melindung               Lahirkan cinta kerana

Betapa pun kau pendam                     Keharumannya yang semerbak.

HASIL TULISAN:
NURFALIHAH BINTI MOHD SAHAID
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UKM, BANGI

Sabtu, 27 Mei 2017

SAJAK
الغرب والشرق 

كان الشئ يمتد في نفق التاريخ

شئ مزين ملغوم

حاملا طفله من النفط مسموما

يغنيه تاجر مسموم
  
كان شرق كالطفل يسال

يستصرخ

-والغرب شيخه المعصوم

بدلت هذه الخريطة

فالكون حريق

والشرق والغرب قبر

واحد

...من رماده ملموم



Disana, suatu yang merentang

Di sepanjang terowongan sejarah

Suatu yang dihias dan diserang

Membawa bayi dari minyak berbisa

Dengan saudagar beracun yang menendangkan

Lagu-lagu memikat



Disana, timur laksana seorang kekanak

Meminta dan melaungkan pertolongan

Dengan barat, tuannya yang maksum

Peta telah diubah 

Seluruh dunia menjadi api

Maka abu

Timur dan barat berkumpul

Dalam satu pusara...

HASIL TULISAN:
NURFALIHAH BINTI MOHD SAHAID
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI



Khamis, 25 Mei 2017

CERPEN 3



TERJEMAHAN CERPEN 3


PENCURI YANG DIROMPAK

Terdapat dua orang pencuri yang telah mencuri seekor keldai. Dan salah seorang daripada mereka telah membawa keldai tersebut ke pasar untuk dijual.Sewaktu perjalanannya,dia telah menemui seorang lelaki yang memegang pinggan berisi seekor ikan.Maka lelaki tersebut berkata kepada si pencuri:
”Adakah keldai ini untuk dijual?" Lalu si pencuri pun menjawab: "ya”.
Kemudian,lelaki itu berkata, "Peganglah pinggan ini sehingga aku selesai mengujinya”. Maka si lelaki itu menunggang keldai tersebut dan ketika mana dia jauh daripada pencuri tersebut,dia memasuki lorong-lorong kecil dan bersembunyi di situ.Akhirnya,dia melarikan diri bersama keldai itu.Setelah itu,pencuri tersebut sedar bahawa dia telah diperdayakan oleh lelaki tersebut.Sejurus kemudian,dia pulang kepada kawannya dengan pinggan yang berisi ikan tadi.
Dan sahabatnya bertanya: "Adakah kamu telah menjualnya?” Dia menjawab: "Ya”. Maka sahabatnya bertanya lagi;” "Berapakah harga kamu menjualnya?;” Dan dia berkata: Dia menggunakan modalnya ,dan sepinggan ikan inilah keuntungan yang kita perolehi.


HASIL TULISAN :

NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

CERPEN 2


TERJEMAHAN CERPEN 2

SEORANG GABENOR YANG FAKIR

Pada suatu hari,khalifah telah memberitahu kepada menterinya bahawa beliau akan mengadakan satu lawatan di bandar-bandar dalam negeri tersebut.

Hal ini adalah kerana khalifah tersebut berhasrat untuk mengetahui keadaan rakyat supaya beliau dapat menghulurkan bantuan kepada golongan fakir dan juga golongan yang memerlukan.

Apabila khalifah tersebut telah sampai di bandar yang pertama,dia meminta untuk megetahui nama-nama orang fakir ,namun setelah itu,beliau mendapati dalam senarai nama-nama itu terdapat juga nama ketua dalam Bandar tersebut.Khalifah terkejut tentang hal ini lalu bertanya kepada ketua tersebut.Adakah engkau fakir dan engkau merupakan orang yang berjawatan tinggi?

Sesungguhnya aku telah memberikan gajiku kepada fakir-fakir untuk menghalang mereka daripada kelaparan tanpa mengambil sedikitpun untuk diriku.Lalu,Khalifah melaksanakan kewajipannya kerana terharu dengan ketua Bandar itu dan Khalifah menaikkan lagi pemberian gaji kepada ketua itu dan membantu fakir-fakir yang lain.

HASIL TULISAN :

NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

CERPEN ARAB 1



TERJEMAHAN CERPEN 1

SEORANG BUDAK LELAKI DAN PENJUAL

Seorang budak lelaki telah pergi ke kedai runcit untuk membeli buah kurma dengan harga 60 dirham.  Setelah itu,penjual itu pun mengambil buah kurma tersebut dan menimbangnya.Akan tetapi,penjual itu telah mengurangkan timbangan terhadap buah kurma yang ditimbangnya sebentar tadi.

Hal ini telah menyebabkan budak itu mengajukan soalan kepada penjual itu tadi: Mengapa kamu mengurangkan timbangan buah kurma itu?

Lalu dijawabnya penjual akan soalan budak itu: Supaya kamu mudah untuk membawanya.

 Setelah itu,budak itu pun mengambil 50 dirham untuk dibayarkan kepada penjual tersebut.

Namun penjual itu pun berkata dan bertanya kembali: Buah kurma ini harganya 60 dirham,mengapa kamu mengurangkan jumlah wang tersebut?

Lalu,budak itu menjawab kembali: Supaya kamu mudah untuk mengiranya.


HASIL TULISAN :

NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kami akan kongsikan terjemahan yang dipelajari dalam kuliah pada hari ini :

1.      Pelajar ini mempunyai sebuah buku
يتكون هذا الطالب الكتاب

2.      Terdapat banyak jalan dan taman di Iskandariah.
يوجد كثير الطريق والحديقة في الاءسكندرية.

3.      Jika kamu tidak sihat, agak-agak apa ibu kamu akan buat?
اذا لم تكن صحية,ما تفعل أمك؟

4.      Terdapat banyak hotel dan kedai baru di jalan ini.
يوجد كثير الفندق والدكان الجديد في هذا الطريق.

5.      Hotel ini ada banyak bilik yang besar dan cantik.
يوجد كثير الغرفة التي كبيرة وجميلة في هذا الفندق.

6.      Katakanlah dia itu anak perempuan kamu, apa kamu akan buat?
لو كانت بنتك,ماذا تقعل؟

7.      Bilik-bilik ini ada empat katil.
توجد في هذا الغرف من أربعة الأسرّة.

8.      Kucing saya mempunyai mata hijau yang cantik.
قطتي لها عيون خضراء جميلة.

9.      Jangan layan saya seolah-olah saya hambamu.
لا علاج كأنني عبدك.

10.  Bolehkah kamu bertutur dalam Bahasa Arab?
هل يمكنك أن تتحدث بالّغة العربية.

11.  Saya boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Arab tetapi saya tidak boleh bertutur.
أستطيع الكتابة والقراءة في اللغة العربية ولكن أستطيع أن أتكلم.

12.  Kami sediakan perkhidmatan ini untuk semua kakitangan termasuklah kakitangan baru.
نستعّد هذه الخدمة لعمّال وكذالك.

13.  Setiap pagi, dia akan lari di taman berdekatan asrama.
كل الصباح, يجري الحديقة بيت الطلبة.

14.  Pada setiap malam, Ahmad membantu Abu untuk mempelajari perkataan Arab.
كل الليل, يساعد أحمد أبو للتعلم الكلمة العربية.

15.   Khadijah suka filem romantik dan pengembaraan.
تحب خديجة الفيلم الرومنطيقي والسفر.

16.  Dia memberitahu saya bahawa filem ‘Ibuku’ merupakan filem yang paling menarik.
يخبرني أنّ الفيلم "أمّي" هو الفيلم أكثر أمتع.

17.  Ibrahim menyediakan sarapan untuk anak-anaknya di dapur.
أعدّ ابراهيم الفطور للأولاده في المطبخ.

18.  Dia bukan lagi kekasihku.
وليس حبيبي.

19.  Saya seorang pelajar yang mempunyai banyak waktu lapang.
أنا طالبة التي تملك كثير من وقت الفراغ.

20.  Bilik itu bersih kerana Fatimah membersihkannya setiap hari.
تلك الغرفة نظيفة لأن فاطمة تنظيفها كل اليوم.

HASIL TULISAN :


NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Sabtu, 20 Mei 2017

 KENAPA TERJEMAHAN?

Kenapa kita perlu mempelajari terjemahan ? Kenapa perlu kita mengetahui cara untuk menterjemah sesuatu teks?  kenapa perlu kita mahir dalam menterjemah sesuatu teks? Ini adalah  anatar soalan yang perlu seseorang pelajar itu menanyakan persolan ini kepada diri mereka. Soalan ini akan membantu seseorag pelajar yang mengambil kursus terjemahan supaya menjadi lebih yakin dan semangat untuk mempelajari ilmu terjemahan.

Apabila bergelar seorang pelajar yang mempelajari kursus terjemahan, maka haruslah bagi beliau untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Kenapa kita perlu mempelajari terjemahan? Soalan ini mungkin akan muncul di dalam minda pelajar yang mungkin tidak meminati kursus ini. Bagi pendapat saya apabila kita mempelajari terjemahan ia akan memudahkan  kita untuk membaca buku selain dari bahasa pertuturan kita. Dengan mempelajari terjemahan juga memudahkan kepada seseorang itu untuk membuat rujukan menggunakan buku rujukan bahasa yang lain. Mempelajarinya juga dapat membantu kita sekiranya kita merantau ke tempat  yang memerlukan kita mengetahui terjemahan seperti ketika membaca papan tanda. Minat menterjemah akan lahir dalam diri seseorang itu sekiranya dia merasakan kepentigan mempelajari ilmu terjemahan ini. Mungkin kita boleh mempelajarinya sendiri tanpa ke kelas kuliah namun mempelajari dari seseorang yang mahir akan lebih terjamin ketepatan  terjemahan yang kita lakukan.

Kenapa kita perlu mengetahui cara untuk menterjemah teks? Mungkin anda sebagai seorang pelajar mempunyai jawapan yang tersendiri, namun bagi pendapat saya dengan mengetahui car menterjemah yang baik dapat membantu pelajar dalam menterjemah teks walaupun tidak mempunyai banyak pembendaharaan kata di dalam mindanya. Dengan mengetahui cara dan teknik yang betul dan berkesan seseorang pelajar boleh menterjemah sesuatu teks dengan baik dan tepat. Kenapa kita perlu mahir dalam menterjemah? Kita perlu mahir menterjemah untuk kegunaan diri kita tidak kiralah ketika menjawab peperiksaan ataupun berda di te,pat asing. Dengan mahir dalam menterjemah juga akan membolehkan kita untuk menolong orang lain seperti pelancong luar negara yang menanyakan arah sesuatu tempat ataupun perkara lain. Dengan mahir dalam terjemah juga dapat menghimdari diri kita dari salah menterjemah yang mana mungkin akan mendatagkan masalah kepada kita seperti kesalahan menterjemah papan tanda larangan yang ada di negara luar.

Pelajar yang tidak mengambil jurusan menterjemah juga sangat digalakkan untuk mempelajarinya. Tiada ruginya kepada diri kita mempelajari kursus ini malah sangat memberi manfaat kepada diri kita bahkan kepada masyarakat di sekeliling kita. Justeru itu mempelajari menterjemah adalah sesuatu yang penting dan sangat bernilai bagi sesiapa yang menghargainya. Bukan hanya untuk menjawab peperiksaan malah untuk kegunaan pada masa akan datang. Jadi marilah kita mula mempelajari ilmu terjemahan dengan semangat dan ihklas di dalam hati.

HASIL TULISAN :
NURUL NADIA AMERA BINTI MOHAMAD ABDUL JABAR,
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM,
FAKUTI PENGJIAN ISLAM
UKM, BANGI
APA ITU LARAS BAHASA?

Seperti yang semua ketahui, terdapat pelbagai bahasa di dunia ini. Antaranya ialah  bahasa melayu, bahasa cina, bahasa tamil, bahasa inggeris dan bahasa arab. Namun setiap satu dari bahasa-bahasa tersebut juga mempunyai perbezaan samada yang ketara ataupun tidak ketara. Antara perbezaannya ialah dialek yang digunakan ketika seseorang individu itu bertutur mengikut kawasan tempat yang diduduki oleh penutur tersebut seperti “hang pi mana?” ialah dialek yang digunakan oleh penduduk yang menetap di kawasan negeri Kedah ataupun “ni rodong koi” ialah dialek yang digunakan oleh penduduk yang menetap di Temerloh, Pahang. Terdapat juga perbezaan bahasa yang mengikut kaum seperti kaum Iban ataupun Malanau yang tinggal di negeri Sarawak. Namun apa yang saya mahu bincangkan bukanlah berkenaan dengan dialek yang digunakan tetapi mengenai laras bahasa yang terdapat di dalam semua bahasa.

Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan bahasa? Bahasa ialah satu sistem lambang pertuturan yang arbitari dan digunakan oleh manusia untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa juga adalah alat untuk menyatakan perasaan, melahirkan keinginan dan sebagainya. Bahasa juga mempunyai sistem heterogen. Maksud laras bahasa pula adalah ciri-ciri khusus dalam pengguanaan bahasa mengikut bidang dan situasi  penutur ketika berbahasa , sama ada secara lisan atau tulisan.bahasa yang digunakan untuk konteks adalah berlainan misalnya yang digunakan dalam ulasan sukan dengan bahasa minit mesyuarat adalah berbeza. Laras bahasa juga berbeza mengikut taraf sosial penutur seperti seorang rakyat akan menggunakan “patik”  manakala seorang raja akan menggunakan “beta” sebagai kata ganti nama diri mereka. Perubahan dalam laras bahasa akan berubah sekiranya kebudayaan dab sosial masyarakat berubah. Laras juga akan berubah jika terdapat pernambahan alat teknologi baru mengikut keseuaian yang diterima oleh pengguna.

Ciri-ciri laras bahasa terbahagi kepada dua iaitu keperihalan dan linguistik. Ciri keperihalan terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial kebudayaan masyarakat manakala situasi persekitaran adalah merupakan aspek-aspek yang berkaitan dengan cara penyampaian, hubungan sosial, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlaku bahasa. Ciri linguistik pula bermaksud unsur-unsur sistem bahasa iaitu aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya. Terdapat juga laras yang mempunyai format yang tersendiri iaitu laras undang-undang, laras ucapan, laras iklan dan laras laporan berita dalam akhbar. Antara jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa iklan/perniagaan, laras bahasa sains, laras bahasa media massa, laras bahasa rencana, laras bahasa undang-undang, laras bahasa agama, laras bahasa sukan, laras bahasa ekonomi, laras bahasa rencana dan laras bahasa akademik.

Laras bahasa ialah sesuatu yang sangat penting untuk kegunaan harian. Di dalam menterjemah juga menggunakan laras bahasa yang sesuai supaya pembaca dapat memahami dengan baik teks terjemahan tersebut. Justeru laras bahasa perlu diberi perhatian ketika menterjemah teks supaya terjemahan tersebut tidak berlainan dari maksud asal teks tersebut. Laras bahasa yang baik juga ialah salah satu cara menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.


HASIL TULISAN :
NURUL NADIA AMERA BINTI MOHAMAD ABDUL JABAR,
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM,
FAKUTI PENGJIAN ISLAM
UKM, BANGI




Isnin, 15 Mei 2017


MASALAH MAKNA DALAM TERJEMAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,in sha allah,hari ini saya ingin berkongsi berkaitan tajuk masalah makna dalam terjemahan. Terlebih dahulu saya ingin berkonsi antara perkara-perkara yang mempengaruhi di dalam ingin memaknakan sesuatu perkataan iaitu posisinya di dalam ayat itu sendiri, bidang ilmu, dan situasi pemakaian dan budaya penutur. Di sini, saya bawakan satu perkataan iaitu chair. Seperti yang kita semua sedia maklum, chair membawa maksud kerusi. Tetapi di sini ianya telah berubah mengikut posisi dan konteks pemakaiannya di dalam ayat itu sendiri seperti he sat on the chair yang apabila diterjemahkan ialah dia duduk di atas kerusi, he has the chair of philosophy at the university yang maksudnya pula ialah dia dilantik menduduki kerusi mahaguru ilmu falsafah di universiti itu, he will chair the meeting yang apabila diterjemahkan ialah dia akan mempengerusikan mesyuarat itu, he was condemmed to the chair yang membawa maksud dia dihukum mati di kerusi elektrik. Maka, tidaklah ianya membawa maksud kerusi sahaja. Berikutan dengan itu, untuk memahami sesuatu makna itu sendiri, perlu diketahui jenis-jenis makna di dalam ayat.

Antara jenis-jenis makna ialah makna rujukan, makna leksikal, makna gramatikal, makna konteks, makna sosio-kultural, makna konotasi, makna emosi, makna figuratif. Di dalam makna rujukan, tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna. Makna tiap-tiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat. Contoh ; rumah. Di sini, ianya sesuatu yang umum. Rumah ini boleh menjadi rumah banglo, rumah pangsa, rumah panjang, rumah kampung dan sebagainya. Oleh yang demikian, makna akan menjadi lebih jelas apabila mempunyai konteks. Contoh (perkataan minutes). Seperti it took them thirty minutes to get the thing done yang apabila diterjemahkan mereka mengambil masa 30 minit untuk menyempurnakan kerja itu (minute: kiraan masa), the secretary read out the minutes of the last meeting yang maksudnya ialah setiausaha membaca minit/catatan mesyuarat yang lepas, I will see you in a minute yang apabila diterjemahkan saya akan jumpa kamu sebentar lagi, to the minute yang membawa maksud tepat, do it this minute yang apabila diterjemahkan lakukannya segera.

Contoh lain (perkataan العين). Seperti عين الطفل تؤلّمه di sini membawa maksud mata penglihatan, في الجبل عين جارية  iaitu mata air (air mata air), هذا عين للعدوّ yang membawa maksud pengintip, العين الساهرة وسيلة لمعرفة الطّارق iaitu lubang cermin yang dipasang di pintu, ذلك الرجل عين من الأعيان yang membawa maksud ketua kaum. Di sini saya ingin berkongsi di dalam memaknakan sebenar perkataan boleh ditandakan dengan dua cara iaitu dengan tanda sintaksis. Seperti itu binatang (binatang sebenar), dia binatang (bukan binatang sebenar, tetapi manusia), dia perempuan gila (dia iaitu perempuan), dia gila perempuan (dia iaitu lelaki) dan juga tanda semotaksis iaitu perkaitan antara makna perkataan itu dengan makna-makna perkataan lain yang mengiringi kehadirannya. Contoh: dia mengambil sikat rambutnya, dia mengambil dua sikat pisang, rambutnya belum disikat. Selain itu, makna leksikal. Ianya membawa maksud makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan sebagainya. Makna leksikal ini juga disebut makna kata seperti yang terdapat dalam kamus. Contoh, perkataan bad membawa makna jahat, buruk, jelek, susah, tidak sedap, busuk. Ianya tidak dapat memastikan mana satu makna yang sesuai untuk dipadankan dengan bad selagi perkataan tersebut tidak dimasukkan dalam ayat. Makna gramatikal juga disebut makna fungsian atau makna tatabahasa, iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasanya. Contoh: can yang membawa banyak maksud iaitu dapat, tin, mengetinkan. Seperti; They can the fish (berfungsi sebagai predikat dalam bentuk kata kerja (mengetinkan), he kicked the can hard (berfungsi sebagai objek ayat). Selain itu, makna konteks. Iaitu makna yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan. Ianya juga ialah makna sesuatu perkataan yang dikaitkan dengan situasi penggunaan bahasa. Contoh: selamat pagi! (Boleh diterjemahkan kepada keluar. Apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat ke pejabat). 

Makna sosio-kultural pula ialah makna sesuatu perkataan yang erat kaitannya dengan sosiobudaya pemakai bahasa. Contoh: marhusip dalam bahasa batak Toba mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. Kalau diterjemahkan secara harfiah ke bahasa Indonesia menjadi berbisik. Terjemahan itu tidak dapat memberikan makna sebenar yang terkandung dalam marhusip itu. Jadi, tidak perlu diterjemahkan. Tinggalkan sahaja dan buat catatan kaki untuk menerangkan maknanya. Selain itu, makna konotatif. Ianya merupakan makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan. Makna konotatif juga merupakan makna tambahan yang dimiliki oleh sesuatu perkataan. Ia mungkin positif dan mungkin negatif, bergantung kepada tafsiran pengguna perkataan tersebut. Contoh: babi yang membawa konotasi berbeza pada bukan Melayu iaitu bukan Islam dengan Melayu iaitu Islam, perempuan, wanita, betina yang makna konotasinya adalah berbeza, isteri saya, bini saya, orang dapur saya, orang rumah saya, perempuan saya yang juga membawa konotasi berbeza dan melibatkan emosi. Seterusnya, makna emosi. Emosi juga sejenis makna. Ianya mesti diterjemahkan dengan betul. Emosi mesti diciptakan semula dalam terjemahan. Contoh:  madu, babi, lembu, keldai, anjing, kekasih, curang ianya mendatangkan emosi yang pelbagai. Ada kalanya makna emosi menjadi tabu atau pantang disebut makna pantangan. Contoh: buaya iaitu sang bedal, harimau iaitu pak belang, jamban iaitu bilik air / tandas.

Antara faktor yang menentukan makna emosi ialah orang yang ada hubungan dengan perkataan itu, keadaan sewaktu perkataan itu digunakan, suasana kebahasaan yang menjadi ciri-ciri perkataan itu. Makna emosi juga terdapat pada: sebutan, perkataan, frasa, wacana, tema maklumat. Selain itu, makna figuratif iaitu simpulan bahasa, kiasan, peribahasa, metafora, simile yang ungkapan bersifat figuratif. Makna figuratif mesti diingat dan disimpan dalam ingatan. Kaitan antara makna figuratif dengan perkataannya adalah sewenang-wenang dan ada masanya lari jauh dari makna asal. Contoh: ayam. Dapat diketahui dengan mudah apabila dilihat dari segi makna rujukan, tetapi apabila melangkah masuk dalam makna figuratif, makna perkataan ayam menjadi kabur. Tiba-tiba perkataan ayam mempunyai pelbagai makna rujukan, seperti: kaki manusia dalam kaki ayam, orang dalam ibu ayam, ayam tambatan, penyakit dalam rabun ayam, tidur dalam tidur-tidur ayam, kuih dalam cakar ayam, bunga dalam tahi ayam, sikap dalam resmi ayam, makanan dalam nasi ayam, perempuan dalam ayam di tangan disambar helang.

 Peluasan makna secara figuratif terjadi melalui proses pengambilan salah satu atau beberapa unsur daripada makna sesuatu perkataan dan kemudiannya digunakan terhadap benda-benda lain yang pada asalnya tidak terletak dalam bidang makna perkataan asal itu. Unsur makna yang diambil mungkin terdiri daripada rupa bentuknya, sifat psikologinya, hubungan jaraknya, bahagian anggotanya atau persamaan fungsinya. Ianya juga diterbitkan oleh anggota masyarakat berdasarkan sifat-sifat yang dianggap paling menonjol pada sesuatu benda.Contohnya: licin iaitu belut, sombong iaitu merak, bodoh iaitu lembu, becok iaitu murai. Oleh yang demikian, perlunya mengenal pasti terlebih dahulu jenis-jenis makna pada sesuatu ayat itu sendiri supaya makna sebenar dapat disampaikan kepada pembaca dan dilihat juga pada sudut kesesuaian posisi dan konteks pemakaian pada perkataan. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini, wassalam.

HASIL TULISAN:
NURHAFIZAH BINTI ZULKIFLI(A158011)
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI