
MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS
Berdasarkan kafahaman saya, kata nama khas dapat diertikan sebagai
suatu rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang,
bangsa, bahasa, dan seumpamanya. Berdasarkan tulisan dalam bahasa Melayu, huruf
pertama mestilah ditulis dengan huruf besar. Kata Nama Khas terbahagi kepada
dua bahagian, iaitu Kata Nama Khas Hidup (manusia dan binatang) dan Kata Nama Khas
tidak hidup seperti (Nik Safiah Muhammad, 2007). Manakala kategori Kata Nama
Khas dalam bidang terjemahan ini boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan
mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.
Dalam proses terjemahan Kata Nama Khas tidak haruslah bagi kita
dipandang mudah dan ringan kerana ia mempunyai makna yang tersendiri serta
terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara terangan.
Terjemahan cara ini sangat merujuk kepada fungsi dan makan tertentu serta
perlulah untuk kita fahami berdasarkan budayanya yang tersendiri. Misalnya, Pak
Pandir dalam Bahasa Melayu. Manakala dalam bahasa Arab pula seperti Hatim
al-Ta’i. Menurut pandangan Peter Newmark secara teorinya nama orang atau objek
berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka bagi beliau ia tidak
boleh diterjemahkan. Secara umunya nama orang tidak boleh bagi kita untuk
diterjemahkan, sebaliknya ia perlulah dipindahkan kepada bahasa sasaran.
Adapun Kata Nama Khas yang
berkaitan dengan nama orang tidak perlu diterjemahkan, akan tetapi ia perlu
diambil kira sebagai sesuatu yang amat penting dengan menukarkan huruf Arab
kepada huruf Rumi dan memulakan setiap perkataan dengan huruf besar. Contohnya
: (Muhammad) محمد, (Ali) علي, (Fatimah) فاطمة.Manakala Kata Nama Khas
yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan. Hal ini demikan kerana, jika
seseorang penterjemah itu melakukan juga bermakna dia telah melakukan kesalahan
yang berat. Contohnya, Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
Selain itu, Kata Nama Khas yang berkaitan dengan nama Negara,
Bandar dan tempat mestilah dikekalkan nama bahasa sumber iaitu nama asal yang
sedia ada. Seterusnya kita perlu menggantikan nama dalam bahasa sumber tersebut
dengan padanan budaya yang telah wujud dalam bahasa sasaran. Antara contohnya
seperti:
(i) Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran:
- Middle East: Asia
Barat
- Silk Route:
Laluan Sutera
- Atlantic Sea:
Laut Atlantik
(ii) Sesetengah Bandar dan tempat dalam Bahasa Arab ditulis dalam
bahasa asing
Seperti bahasa Inggeris
dengan kata nama Latinnya berbeza dengan huruf arab
yang asal. Contoh:
- al-Qahirah
(Bahasa Arab)
- Cairo (Bahasa
Inggeris)
- Kaherah (Bahasa
Melayu)
Oleh itu, secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab
hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa
Melayu. Manakala, nama Bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al
seperti al-Qahirah, al-Iraq perlulah ditransliterasikan sahaja dan perkataan
selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.
Seterusnya, bagi Kata Nama Khas yang berkaitan dengan Nama
Institusi/Organisasi perlulah diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman
terjemahan selain menggunakan akronim atau mengekalkan akronim asal. Di samping
itu juga, terdapat nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke
dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).
Selain itu juga, terdapat nama jawatan/gelaran yang perlu
diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah iaitu dengan cara
memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat
dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut. Manakala, bagi
Nama Judul/Peristiwa, kebiasaannya akan dikekalkan akan tetapi bagi nama
peristiwa atau sesuatu acara ada yang perlu dikekalkan dalam teks sasaran dan
ada pula yang perlu diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.
HASIL TULISAN:
NURFALIHAH
BINTI MOHD SAHAID
JABATAN
PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI
PENGAJIAN ISLAM
UKM, BANGI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan