Khamis, 25 Mei 2017

CERPEN ARAB 1



TERJEMAHAN CERPEN 1

SEORANG BUDAK LELAKI DAN PENJUAL

Seorang budak lelaki telah pergi ke kedai runcit untuk membeli buah kurma dengan harga 60 dirham.  Setelah itu,penjual itu pun mengambil buah kurma tersebut dan menimbangnya.Akan tetapi,penjual itu telah mengurangkan timbangan terhadap buah kurma yang ditimbangnya sebentar tadi.

Hal ini telah menyebabkan budak itu mengajukan soalan kepada penjual itu tadi: Mengapa kamu mengurangkan timbangan buah kurma itu?

Lalu dijawabnya penjual akan soalan budak itu: Supaya kamu mudah untuk membawanya.

 Setelah itu,budak itu pun mengambil 50 dirham untuk dibayarkan kepada penjual tersebut.

Namun penjual itu pun berkata dan bertanya kembali: Buah kurma ini harganya 60 dirham,mengapa kamu mengurangkan jumlah wang tersebut?

Lalu,budak itu menjawab kembali: Supaya kamu mudah untuk mengiranya.


HASIL TULISAN :

NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan