
CERPEN 2
TERJEMAHAN CERPEN
2
SEORANG GABENOR YANG FAKIR
Pada suatu hari,khalifah telah
memberitahu kepada menterinya bahawa beliau akan mengadakan satu lawatan di
bandar-bandar dalam negeri tersebut.
Hal ini adalah kerana khalifah
tersebut berhasrat untuk mengetahui keadaan rakyat supaya beliau dapat
menghulurkan bantuan kepada golongan fakir dan juga golongan yang memerlukan.
Apabila khalifah tersebut telah
sampai di bandar yang pertama,dia meminta untuk megetahui nama-nama orang fakir
,namun setelah itu,beliau mendapati dalam senarai nama-nama itu terdapat juga
nama ketua dalam Bandar tersebut.Khalifah terkejut tentang hal ini lalu
bertanya kepada ketua tersebut.Adakah engkau fakir dan engkau merupakan orang
yang berjawatan tinggi?
Sesungguhnya aku telah memberikan
gajiku kepada fakir-fakir untuk menghalang mereka daripada kelaparan tanpa
mengambil sedikitpun untuk diriku.Lalu,Khalifah melaksanakan kewajipannya
kerana terharu dengan ketua Bandar itu dan Khalifah menaikkan lagi pemberian
gaji kepada ketua itu dan membantu fakir-fakir yang lain.
HASIL TULISAN :
NUR ADILA BINTI MOHAMAD
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan